Program Derma Darah Kg Kubu Gajah

27 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober yang lalu telah berlangsung Program Derma Darah Kg Kubu Gajah yang dianjurkan oleh pihak MPKK Kg Kubu Gajah. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti pameran daripada pelbagai agensi kesihatan seperti klinik Annur, pejabat kesihatan Sg.Buloh, Klinik DR.Azhar, pemeriksaan kesihatan, derma darah dan sebagainya. Seramai lebih 200 orang komuniti yang hadir memeriahkan hari terbuka ini. Antara aktivti yang diadakan adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan memasak, booth jualan, pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah dan sebagainya.

Kesemua staf Urban Poor Wilayah Tengah terlibat untuk menjayakan Program Derma Darah Kg Kubu Gajah. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di booth Pusat Internet untuk memberi kesedaran tentang keselamatan internet dan mempromosikan perkhimatan yang disediakan di Pusat Internet. Antaranya seperti Demostrasi 3D Printer, Kuiz Advokasi, Rapid Typing, Puzzle Hari Kemerdekaan, dan Mobile eWaste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali